Kisah Al Habib Kadzim As Saqqaf Hafizahullahuta'ala

Seorang ulama besar Imam Khalid Hussain,Leicester, UK

"Aku bertanya pada Habib Umar bin Hafidz, beritahu kami tentang Habib Kadzim Asseqqaf. Ada sesuatu tentang dirinya, sesuatu yang istimewa..?

Habib Umar menjawab, "Tahukah anda tentang beliau? Beliau (habib Kadzim) sudah menjadi mudir rubat kota shihr sementara beliau masih lg berusia dua puluhan. Ada lebih dari 700 penuntut di sana tetapi apakah anda tahu bagaimana itu terjadi, mudir Rubat ini ketika malam pelajar sedang tidur di Rubat, beliau akan mencuci pakaian mereka, membersihkan toilet, beliau akan memasak makanan mereka, mencuci pinggan mereka, membersihkan bilik mereka, dia akan melayani murid-muridnya.

Dan ketika turun untuk mengajar pada siang hari, dia mengajar Shihah Sittah, dia mengajar kitab Tazkiya, dia mengajar Tafsir, dia mengajar Ulum Ul Hadis, (kitab kitab tersebut beliau hafal di luar kepala dan sudah jadi darah daging dengan semua tindakan dan amalan beliau) dia mengajar mereka semuanya.

Jadi beliau benar-benar melayani mereka, menjadi guru secara fisik dan rohani (zahir batin) Oleh kerana itu Allah S.W.T telah mengangkat darjatnya di tempat yang sangat-sangat istimewa. "

Post a Comment