10 Sifat Mulia Anjing

Hasan al-Basri ra mengatakan bahawa pada Anjing ada sepuluh sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang Mukmin:

1. Anjing sentiasa lapar, dia jarang makan sampai kenyang. Sifat ini adalah sifatnya Orang Soleh.
2. Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap. Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya. Sifat ini adalah sifat orang yang Bertawakal Kepada Allah swt.
3. Anjing tidak tidor diwaktu malam, melainkan sedikit sahaja. Dia selalu berjaga-jaga. Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang Cinta Kepada Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana Bermunajat Kepada Allah swt.
4. Jika anjing mati, dia tidak ada barang yang di wariskan dan tidak ada pulayang mewaris. Sifat ini adalah sifat Hamba-Hamba Allah Yang Zuhud.
5. Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan diri daripadanya sekalipun dipukul atau dimarah. Sifat ini adalah tanda tanda yang dimiliki oleh para murid yang Siddiqin yang sedang belajar kepada tuan gurunya. Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai ujian.
6. Anjing lebih redha dan lebih suka bertempat ditanah, tidur ditanah atau tempat tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia. Inilah tanda tanda orang orang yang Tawaduk, orang orang yang suka Merendahkan Diri, tidak Menyombong.
7. Jika tempatnya diambil oleh orang atau ditempati benda lain, dia akan pindah ke tempat lain tanpa Merasa Marah atau Berdendam. Inilah tanda tanda hamba Allah yang Redha akan Bahagiannya.
8. Jika dipukul, dihalau atau dibaling dengan benda benda yang menyakitkan, dia menerimanya. Tidak ada perasaan dendam terhadap perkara yang lepas. Inilah tanda hamba Allah Yang Khusyuk.
9. Jika anjing melihat orang makan, dia melihat sahaja dari jauh, tidak meminta minta atau mengganggu. Jika diberi, dimakan dan jika tidak diberi, dia diam sahaja. Inilah sifat Orang Miskin yang Redha akan Pemberian Allah swt.
10. Jika dia berjalan atau pergi ke tempat asalnya, dia tidak menoleh ke belakang. Inilah tanda tanda Orang yang akan Berjaya.

Post a Comment